counter

Monday 22 December 2014

PROGRAM KEUSAHAWANAN WANITA: KELAS JAHITAN LABUCI (BERPANDUKAN YOUTUBE) & FOTOGRAFI

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia kepada semua..

Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 buat kali pertamanya telah bergabung dengan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10 bagi menjayakan Program Keusahawanan Wanita:  Kelas Jahitan Labuci (berpandukan youtube) dan Fotografi.  Program ini dianjurkan untuk komuniti setempat di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 dan juga Fasa 10.  Program Keusahawanan Wanita ini telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Disember 2014, jam 10:00 pagi sehingga 3:30 petang di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10.  Seramai 14 orang peserta telah mendaftar pada hari tersebut.  Sasaran Program Keusahawanan Wanita ini lebih kepada golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas.

Tujuan Program Keusahawanan Wanita ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta latihan melalui Kelas Jahitan Labuci dan Fotografi yang telah dijalankan.  Ia sekaligus menggalakkan penglibatan komuniti terutamanya golongan bagi menceburi bidang perniagaan.  Selain daripada itu, bengkel ini juga dapat memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan lebih mendalam tentang kaitan diantara teknologi dan keusahawanan kepada golongan wanita. 

Matlamat Program Keusahawanan Wanita ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknologi maklumat dan keusahawanan kepada golongan wanita.  Dalam masa yang sama juga, dapat menarik minat golongan wanita untuk menjalankan  perniagaan sendiri dan mereka juga diberikan peluang untuk berkongsi ilmu pengetahuan diantara satu sama lain.  Objektif utama Program Keusahawanan Wanita ini adalah untuk menggalakkan golongan wanita untuk meceburi bidang keusahawanan dan dalam masa yang sama dapat mempraktikkan ilmu keusahawanan tersebut untuk masa hadapan.

Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut dimulakan dengan sesi perkenalan antara Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10 dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 dengan para peserta.  Kemudian diikuti dengan Program "Klik dengan Bijak".  Seterusnya aktiviti dirancakkan lagi dengan Kelas Jahitan Labuci bersama para peserta.  Kami juga mengadakan Kelas Fotografi.  Ia diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta dalam bidang fotografi.  Ini dapat dimanfaatkan oleh mereka untuk mengiklankan produck mereka dalam bentuk gambar.  Seperti yang kita maklum, perniagaan atas talian mendapat permintaan tinggi daripada para pelanggan.  Dalam masa yang sama juga, ini dapat memberikan mereka lebih pengetahuan tentang kegunaan teknologi untuk keusahawanan.  

Program Keusahawanan Wanita ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10 dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 kepada para peserta.











































Friday 5 December 2014

LATIHAN PENGENALAN MENGENAI ADOBE PHOTOSHOP

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia....

Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Pengenalan mengenai Adobe Photoshop untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.  Latihan ini telah diadakan pada hari Jumaat, 5 Disember 2014, jam 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3.  Seramai 10 orang peserta telah mendaftar pada hari tersebut.  Sasaran latihan ini lebih kepada pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti di musim cuti persekolahan ini.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan memahami penggunaannya dengan lebih meluas.  Selain daripada itu, latihan ini juga dapat memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam tentang teknologi kepada pelajar-pelajar sekolah.  Matlamat latihan ini adalha untuk memberi pendedahan tentang teknologi maklumat kepada mereka.  Dalam masa yang sama juga, dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk berkongsi ilmu pengetahuan diantara satu sama lain.  Objektif utama latihan ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya dapat mempraktikkan ilmu tersebut untuk masa hadapan.

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah ice breaking session, pengenalan kepada program klik dengan bijak, pengenalan mengenai adobe photoshop.  Dalam masa yang sama juga, ini dapat memberikan mereka lebih pengetahuan tentang kegunaan teknologi pada masa kini.

Selain itu juga, aktiviti individu juga disediakan bagi memberikan pelajar-pelajar peluang untuk melaksanakan secara praktikal.  Secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.