counter

Sunday 29 March 2015

PROGRAM INFO KOMUNITI 1 MALAYSIA & MOTIVASI KEPIMPINAN REMAJA DALAM KOMUNITI

Assalamualaikum...Selamat Pagi...Salam 1 Malaysiaaaaa....

Berlangsungnya Program Info Komuniti 1 Malaysia & Motivasi Kepimpinan Remaja Dalam Komuniti pada 29 Mac 2015.  Pelbagai aktiviti-aktiviti disediakan dan terdapat banyak booth dibuka bagi pameran kepada orang ramai.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:


  1. Pertandingan mewarna
  2. Pertandingan Teka Kacang
  3. Cabutan Bertuah
  4. Ceramah Motivasi Kepimpinan Remaja
  5. Pemeriksaan Kesihatan
  6. Sesi Perkongsian Permasalahan Komuniti bersama agensi awam/swasta

Pembukaan booth bagi agensi awam/swasta

  1. Jabatan Penerangan
  2. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  3. Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3
  4. Agensi Anti-Dadah Malaysia
  5. Syabas
















Tuesday 24 March 2015

JEMPUTAN KE PROGRAM INFO KOMUNITI 1 MALAYSIA & MOTIVASI KEPIMPINAN REMAJA DALAM KOMUNITI

Assalamualaikum....Selamat pagi...Salam 1 Malaysia kepada seluruh warga Putrajaya...

Pihak Pusat Internet 1 Malaysia telah dijemput ke Program Motivasi Kepimpinan Remaja Dalam Komuniti bagi membuka booth dan mengadakan sedikit pengenalan berkenaan PI1M...Dengan ini, kami berbesar hati untuk menjemput warga Fasa 3 dan Fasa 4 untuk berkunjung ke booth kami...Pendaftaran adalah PERCUMA...Jemput datang ke booth kami....


Sunday 22 March 2015

SEMINAR USAHAWAN INTERNET

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia...

Lintas langsung Seminar Usahawan Internet dari Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3..

Tarikh:  22 Mac 2015
Masa:  9:00 pagi - 1:00 petang
Tempat:  Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3

Anjuran:  Surau Al-Musthofa, Presint 9, Putrajaya
Pengerusi:  Encik Zulkifli bin Sulong
AJK:  Puan Faridah Hanum binti Abdullah
Peserta:  11 orang











Friday 20 March 2015

SCHOOL BREAK FUN DAYS PROGRAM SESI III

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia

Tarikh:  20 Mac 2015
Masa:  10:00 pagi - 1:00 petang
Tempat:  Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Faas 3

Seramai 31 orang pelajar telah menyertainya..30 orang lelaki dan 1 orang perempuan

Program yang dijalankan: Program Klik dengan Bijak, Ciptaan & Sesi Pembentangan

Dalam program klik dengan bijak, kita didedahkan dengan cara yang betul untuk melayari internet. Apa yang boleh dilayari dan apa yang tidak boleh dilayari.  Cara melayari internet yang salah boleh mengundang pelbagai masalah dan kemungkinan perkara buruk boleh berlaku.  Jadi elakkan daripada melakukan perkara yang tidak elok.

Dalam aktiviti ciptaan dan sesi pembentangan, ini merupakan berkumpulan dimana kita nak lihat kerjasama antara mereka dalam melaksanakan tugas yang diberi.  Selain daripada itu, kita juga dapat lihat ketepatan masa yang mereka gunakan.  Adakah mereka mampu untuk menghabiskan tugasan dalam masa yang diberikan.  Tambahan lagi, mereka juga dikehendaki membentangkan hasil yang telah mereka cipta.  



















Thursday 19 March 2015

SCHOOL BREAK FUN DAYS PROGRAM SESI II

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia

Tarikh:  19 Mac 2015
Masa:  10:00 pagi - 4:00 petang
Tempat:  Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Faas 3

Seramai 22 orang pelajar telah menyertainya..20 orang lelaki dan 2 orang perempuan

Program yang dijalankan: Program Klik dengan Bijak, Sesi Kreatif PhotoFunia dan Game Si Buta Cerdik.

Dalam program klik dengan bijak, kita didedahkan dengan cara yang betul untuk melayari internet. Apa yang boleh dilayari dan apa yang tidak boleh dilayari.  Cara melayari internet yang salah boleh mengundang pelbagai masalah dan kemungkinan perkara buruk boleh berlaku.  Jadi elakkan daripada melakukan perkara yang tidak elok.

Dalam aktiviti Sesi Kreatif PhotoFunia, ini merupakan aktiviti individu di mana mereka mengedit gambar mereka sendiri mengikut kreativiti dan minat masing-masing dengan menggunakan software PhotoFunia online.  

Dalam aktiviti Game Si Buta Cerdik pula, peserta-peserta didedahkan dengan keadaan sekeliling jika mereka hidup tanpa teman @ kawan.  Duduk seorang diri ditempat yang gelap dengan mata ditutup oleh kain.  Dalam masa yang sama juga, kita dapat lihat sejauh mana keberanian mereka untuk menghadapinya.  Ada yang nak menangis, ada yang nak terkencing.  Macam-macam gelagat adik-adik yang menyertainya.