counter

Sunday 31 May 2015

Latihan ICT Mei 2015 : Program Klik Dengan Bijak, Microsoft Power Point & Pembentangan

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia kepada seluruh warga Putrajaya yang dikasihi... 

Pada 29 Mei 2015, telah berlangsungnya kelas ICT yang kedua dalam bulan Mei 2015. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada adik-adik komuniti Presint 9. Pada kali ini, kelas diadakan pada sebelah petang.

Kelas latihan ICT ini telah diadakan bermula pada pukul 3:30 pagi sehingga 5:30 petang. Ia melibatkan seramai 16 orang pelajar lelaki yang merupakan ahli dan bukan ahli PI1M Presint 9 Fasa 3. Kelas ICT kali ini menekankan tentang "10 Perkara yang anda lakukan pada cuti sekolah". Untuk menarik perhatian adik-adik, topik ini telah dibuat menggunakan Microsoft Power Point. Setelah selesai, adik-adik diberi peluang untuk membentangkan slaid yang telah dibuat oleh mereka bagi melihat keberanian mereka bertutur dihadapan orang ramai.

Antara aktiviti yang telah diadakan pada hari berkenaan adalah seperti berikut :- 


  1. Program Klik Dengan Bijak (Bahaya Fitnah)
  2. Microsoft Power Point (10 Perkara yang anda lakukan pada cuti sekolah)
  3. Sesi Pembentangan Microsoft Power Point
















Monday 11 May 2015

Latihan ICT May 2015 : Sesi Kreatif bersama Microsoft Word 2013

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysai kepada seluruh warga Putrajaya yang dikasihi...

Pada 10 Mei 2015, telah berlangsungnya kelas ICT bagi bulan Mei 2015. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada adik-adik komuniti Presint 9. Oleh itu, pihak pengurusan PI1M telah mengadakan sebanyak 3 sesi bagi memenuhi permintaan adik-adik bagi memasuki kelas yang telah diadakan.

Kelas latihan ICT ini telah diadakan bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Ia melibatkan seramai 17 orang pelajar lelaki yang merupakan ahli dan bukan ahli PI1M Presint 9 Fasa 3.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari berkenaan adalah seperti berikut:-

  1. Program Klik Dengan Bijak (Bahana Buli Siber, FB)
  2. Laman Sesawang (Google)
  3. Aktiviti membuat puzzle menggunakan Microsoft Word 2013