counter

Saturday 20 June 2015

PROGRAM KEUSAHAWANAN : Modul Keusahawanan Intel & Kelas Insentif Blog


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Baru-baru ini Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan  Program Keusahawanan : Modul Keusahawanan Intel & Kelas Insentif Blog. Program ini telah berlangsung pada 15 Jun 2015, Isnin lepas bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3. Ia telah dihadiri oleh seramai 8 orang kakitangan kerajaan daripada pelbagai sektor. Program ini juga telah menarik minat golongan suri rumah dan mereka yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Pihak Pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 juga turut mengambil peluang yang ada untuk memberi penerangan kepada peserta mengenai fungsi Pusat Internet 1 Malaysia dan perananya kepada komuniti setempat.

Program ini telah dibahagi kepada 2 bahagian. Pertama, Modul Keusahawanan Intel. Dalam modul ini para peserta telah didedahkan dengan 5 bahagian utama dalam keusahawanan. Pertama, Mendefinasikan Keusahawanan. Kedua, Mendefinasikan Operasi Perniagaan. Ketiga, Pemasaran. Keempat, Mengurus Aliran Tunai, dan akhir sekali kami telah menyentuh bab Menyimpan Rekod.
Setiap peserta yang hadir akan menerima Sijil Penyertaan daripada pihak Intel.

Pada sesi sebelah petang pula, para peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuat Blog bagi perniagaan mereka. Rata-rata diantara mereka tidak pernah atau mengendalikan sebarang Blog. Oleh itu, mereka telah menggunakan masa yang ada untuk membuat Blog bersama-sama dengan Pihak Pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3.

Terima Kasih diucapkan  kepada semua peserta kerana telah memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan program ini. Sekian.













Wednesday 10 June 2015

School Break Fun Days Program (Day 3)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada warga Putrajaya....

Program Cuti Sekolah dijalankan selama 3 hari berturut-turut dan pada hari ketiga 10 Jun 2015 seramai 19 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan telah mendaftar.  Program bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 1:00 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada Hari ketiga adalah Program Klik dengan Bijak, Telefon Rosak, Kotak Beracun dan Bananana... School Break Fun Days Program dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 dengan pelajar-pelajar di kawasan setempat.

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
Memberi pendedahan serta panduan dalam melayari laman web dan menggunakan kemudahan internet dengan cara yang betul.  Dengan ini dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat.

TELEFON ROSAK
Pelajar didedahkan dengan cara berkomunikasi yang baik di antara satu sama lain sekaligus dapat mengajar mereka mengenai penyebaran maklumat sahih atau tidak sahih.  Dalam pada itu, ini juga dapat membina hubungan dan suasana yang meriah di dalam kumpulan masing-masing.  Mereka juga saling berkongsi strategi sesama mereka.  Di sini maklumat tersebut dapatlah kita banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat asal dari petikan asal.

KOTAK BERACUN
Aktiviti ini dapat memberikan keyakinan kepada pelajar untuk berhadapan dengan rakan-rakan dan sekaligus dapat menghilangkan rasa malu.  Selain itu, pelajar juga boleh berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang singkat.  Ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

BANANANA......
Aktiviti ini adalah untuk membina hubungan yang baik dikalangan pelajar serta menggalakkan pelajar untuk berinteraksi secara aktif.  Semangat kerjasama dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar.,