Pada 9
Januari 2016, Pusat Internet 1Malaysia Presint 9 Fasa 3 membuka tirai tahun baru dengan aktiviti
Program Asas Komputer bersama ibu-ibu tunggal. Program ini merupakan program
anjuran SUK Selangor dan merupakan program lanjutan dari Program Bina Insan Ibu
Tunggal Selangor.
Tujuan
program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan ilmu asas komputer kepada 7
orang ibu-ibu tunggal yang terpilih dalam kawasan Selangor. Disamping itu,
mereka juga didedahkan dengan cara-cara membuat surat, merekod data menggunakan
excel dan serba sedikit tips perniagaan oleh PI1M Presint 9 Fasa 3.
Matlamat
utama program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan mengenai asas
komputer kepada ibu-ibu tunggal, mempelajari cara menggunakan Microsoft Word
2013, dan mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel 2013. Selain itu,
peserta juga diberi pendedahan mengenai fungsi dan peranan Pusat Internet
1Malaysia kepada komuniti setempat seluruh Malaysia serta pendedahan tips Klik
Dengan Bijak iaitu salah satu program berteraskan keselamatan semasa melayari
Internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC.