counter

Sunday 10 January 2016

PROGRAM ASAS KOMPUTER BERSAMA IBU TUNGGAL


Pada 9 Januari 2016, Pusat Internet 1Malaysia Presint 9 Fasa 3 membuka tirai tahun baru dengan aktiviti Program Asas Komputer bersama ibu-ibu tunggal. Program ini merupakan program anjuran SUK Selangor dan merupakan program lanjutan dari Program Bina Insan Ibu Tunggal Selangor.



Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan ilmu asas komputer kepada 7 orang ibu-ibu tunggal yang terpilih dalam kawasan Selangor. Disamping itu, mereka juga didedahkan dengan cara-cara membuat surat, merekod data menggunakan excel dan serba sedikit tips perniagaan oleh PI1M Presint 9 Fasa 3. 


Matlamat utama program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan mengenai asas komputer kepada ibu-ibu tunggal, mempelajari cara menggunakan Microsoft Word 2013, dan mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel 2013. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan mengenai fungsi dan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti setempat seluruh Malaysia serta pendedahan tips Klik Dengan Bijak iaitu salah satu program berteraskan keselamatan semasa melayari Internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC.


No comments:

Post a Comment